Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike

Amri Hassan
25/06/2024 06:58 MYT
"I will never can replace (their parents) tapi saya cuba jadi yang terbaik," demikian kata-kata Michael Tong Wai Siong, yang viral sebelum ini menjaga dan membesarkan tiga kanak-kanak Melayu sejak 16 tahun lalu.

Uncle Mike, 55, yang berketurunan Tionghua itu membuktikan kasih sayang tidak mengenal pertalian darah dan bangsa, tega membesarkan Rafei Ahmad Fauzi yang ketika ini berusia 29 tahun dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24.

BERITA TRENDING: Lelaki Berbangsa Cina Ambil 3 Orang Anak Angkat Melayu - “ Saya Ikhlas Menjaga Mereka Seperti Anak Sendiri”

Malas nak bercinta

Bagi Uncle Mike, tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk berkecil hati dengan sikap remaja yang sedang membesar. Uncle Mike terus membuka ruang untuk berkasih sayang dengan anak-anak angkatnya biarpun dirinya perlu berkorban masa dan tenaga.

"Saya tak pernah simpan (marah atau benci), mengenali mereka dari kecil, mereka tiada ibu bapa. Jadi, saya mahu beri kasih sayang kepada mereka, dan saya pasti saya takkan boleh jadi seperti ibu dan ayah kandung mereka.

"Sebab yang paling penting saya cuba untuk memberikan 'rasa' dan momen keluarga kepada mereka. Biarpun pada mulanya saya takut, tapi mencuba dan belajar.

"Saya sudah sampai pada satu tahap malas nak bercinta, apabila mereka hadir dalam hidup saya, hidup saya kembali sibuk.


"Membesarkan mereka tak susah dan tak menyusahkan. Adatlah anak-anak remaja yang sedang membesar, ada nakal mereka sendiri tapi saya syukur mereka tidak bertindak luar batas.

"Saya sentiasa berfikir positif, itulah remaja. Kalau saya pukul, garang sangat pun nanti mereka tak suka juga. Saya layan saja mereka sebagai kawan," tambahnya ketika pertemuan bersama Gempak baru-baru ini.

BERITA TRENDING: ​Anak Terima Baik Hasrat Bapa Mahu Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Uncle Mike tidak pernah berkira dalam membesarkan ketiga-tiga adik-beradik yang kini semakin bijak merencanakan kehidupan. Rafei kini sudah punyai kerjaya dan keluarga yang semakin membesar, manakala Rasyid dan Rahman mengusahakan perniagaan makanan di Kajang.

Tak peduli kata orang!

Dalam pada itu, Uncle Mike enggan mengambil pusing komen orang ramai terhadapnya dan keluarga selepas tular kisah mereka beberapa minggu lalu.

"Sekarang ni, pergi mana-mana orang dah tegur Uncle Mike, sebelum ni orang panggil nama Mike saja. Bila pergi kerja, tiba-tiba ada yang jadi lebih mesra. Tapi, saya terima sajalah.

"Cumanya, saya bukan individu yang akan respons dalam media sosial, meskipun ada terbaca komen-komen daripada kawan-kawan yang hantarkan.

"Dalam pada positif sudah tentu ada satu dua yang negatif. Saya buat tak tahu sajalah. Ada yang kata 'alah, benda macam ni pun nak besar-besarkan'.

"Mulut orang kan, tak payahlah kita nak sakit hati. Kita buat bukan kerana mereka. Tapi kerana Tuhan. Tuhan yang hantar cabaran ini dan saya laksanakannya. Jadi, saya tak peduli apa orang nak kata," tambahnya.

Bapa Teladan 2024

Dalam perkembangan terbaharu, Uncle Mike menerima anugerah Bapa Teladan 2024, Pertubuhan Bapa Hebat Malaysia.



Media sebelum ini melaporkan kisah Uncle Mike yang menjaga Rafei, Rasyid dan Abdul Rahman sejak 16 tahun lalu yang dihantar ke rumah anak yatim selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Lelaki berkenaan menyayangi tiga pemuda itu seperti anak sendiri biarpun tiada pertalian darah dan tidak saling mengenali sebelum ini, malah turut menyediakan kelas agama untuk mereka serta keluarganya juga menerima anak angkat dengan baik.

BERITA TRENDING: Bapa Hadiahkan Anak Lelaki RM778,393 Lepas 3 Dekad Terpisah!

BERITA TRENDING: Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

#Viral #Anak Angkat #Kajang #Michael #Tionghua #Uncle Mike #Michael Tong Wai Siong
;