Laman Utama

“Saya Telah Diaibkan, Dimalukan Malah Telah Ditelanjangkan Dengan...” - Zahid Hamidi Lepas, Bebas Pertuduhan Rasuah VLN

Gempak
23/09/2022
07:08 MYT
“Saya amat yakin bahawa pelaksanaan perundingan telah diteliti dan diperincikan.
“Saya telah diaibkan, dimalukan malah telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan,” itulah ungkapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kesemua tuduhan terhadap Presiden UMNO itu di akhir pendakwaan.
"Selepas menimbangkan semua bukti dan keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid.
“Justeru mahkamah memerintahkan tertuduh dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan," katanya ketika membacakan keputusan itu di sini, pada Jumaat.
Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, keterangan tiga saksi utama yang dikemukakan pendakwaan adalah tidak dapat dipercayai.
"Malah keterangan mengenai siapa yang menyerahkan wang tersebut seperti dalam pertuduhan juga memprejudiskan tertuduh.
"Saya mendapati saksi dan bukti yang dikemukakan pendakwaan gagal membuktikan wujudnya elemen penerimaan wang suapan.
"Saya menimbangkan keterangan secara keseluruhan dan selepas saya meneliti secara keseluruhan saya menolak keterangan beberapa saksi, ia menimbulkan keraguan sama ada wang suapan itu diserahkan kepada tertuduh," jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd Yazid memberitahu, beliau membuat keputusan keputusan itu dengan berhati-hati.
"Dalam membuat keputusan ini, saya mengingatkan diri sendiri dari hari pertama sehingga keputusan ini dibuat, saya meneliti kseluruhan bukti pendakwaan dengan berhati-hati dan hujahan kedua-dua belah pihak.
Selepas keputusan dibacakan hakim, galeri awam yang dipenuhi dengan penyokong Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menepuk tangan sambil bersalam sesama sendiri.
Keputusan di akhir kes pendakwaan dibuat oleh Hakim Mohd Yazid selepas mahkamah selesai mendengar keterangan 18 saksi di mana pendakwaan menutup kesnya pada 11 Ogos lalu, dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung selama 33 hari bermula pada 24 Mei tahun lalu.
Antara saksi penting yang dipanggil memberikan keterangan adalah dua bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun dan Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, V Mahendran.
Ahmad Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Berita

Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

gempak
22/07/2024
02:45 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin. Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.
Berita

26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

gempak
17/07/2024
10:41 MYT
Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.