Bintang Gegar Vaganza (GV7) Linda Nanuwil mengakui sedih dengan penyingkiran kumpulan Eva pada minggu keempat.

Menurut Linda, Eva yang dianggotai empat orang merupakan bintang yang paling rapat selain sering memberikan semangat kepadanya.

Linda berkongsi isi hatinya menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Intagramnya miliknya semalam (2 November 2020).

“Sedih… Inilah kenangan Linda. Linda dalam bilik ini dengan Eva tetapi memandangkan Eva pergi meninggalkan Linda…

“Terima kasih Eva kerana menjadi teman Linda yang sangat-sangat baik dan rapat dalam GV7, terima kasih sebab tak sombong dan peramah dengan saya.

“Sebab saya di sini tak ada siapa-siapa melainkan kakak-kakak Eva yang sangat baik hati. Harap persahabatan kami tidak akan terhenti di sini dan saya doakan yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.

Khas untuk kakak2 EVA yang sangat baik.. friendly .. ceria bersama Linda selama 4 minggu! Linda love ketat juga dengan akak2 ?? . @_rinaeva @izzu_eva @lindaeva_official @mims_eva . Juga kepada abang2 Indigo .. Thank u sbab selalu menceriakan suasana dan layan Linda sangat baik ?? Semoga kita akan berjumpa lagi ❤️ @bad.indigo_official @shahrinsamsudin @nizam_arboristree

A post shared by Linda Nanuwil (@lindananuwil) on


Terdahulu, minggu keempat GV7 menyaksikan dua penyingkiran dilakukan sekaligus menamatkan perjalanan kumpulan Eva dan Indigo.

BACA: Dua Penyingkiran, Eva dan Indigo Tinggalkan GV7

BACA: Corat-Coret GV7: Vibrato Berganda Rozita Izlyn, Tok Ram Kecek Kelate & Petikan Gitar Linda Nanuwil


Indigo mendapat jumlah markah sebanyak 55.20 % manakala Eva memiliki markah terendah iaitu 55%.

BACA: GV7: Sipi-Sipi Rupanya Nomad, Indigo Dan Eva! Ini Recap & Komen Juri Minggu Empat

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.