Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad

Umirah Halim
20/09/2024 11:08 MYT
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan (LOD) daripada pihak peguam yang mewakili Abang Bas.

Belum terima apa-apa notis tuntutan mahkamah

Menurut Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, dia yakin kelantangannya menyuarakan isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak demi memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Setakat ini saya tak terima apa-apa notis tuntutan mahkamah dan saya pun tak ada provok sebab saya yakin dan percaya semua orang yang mengulas bersuara tentang perkara ini bermakna perkara ini (isu Abang Bas) sangat berat.

"Masyarakat kita secara umumnya sudah cakna dan mula faham tentang isu ini apabila ramai yang sudah bersuara.

"Bukan hanya selebriti, malah peguam, doktor dan masyarakat yang lain turut bersuara. Segala ugutan, gertakan diberi saya rasa okay sahaja. Saya lihat itu sebagai amaran dan gertakan juga.

"Mungkin ada segelintir masyarakat yang terus menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Saya pernah bercakap sebelum ini seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran program Tiga Is-3 di The Majapahit Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.


Enggan buat permohonan maaf


Sementara itu, Uyaina turut enggan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut kerana beranggapan dirinya hanya menyuarakan kebenaran.

Malah, Uyaina turut memaklumkan bahawa pihaknya bersedia untuk berlawan di mahkahmah sekiranya berdepan dengan sebarang tindakan.

"Saya juga tidak akan minta maaf dan sedia berdepan untuk menegakkan kebenaran kerana apa yang saya suarakan berdasarkan fakta.

"Sebenarnya ramai peguam yang menghubungi saya untuk menawarkan perkhidmatan guaman sekiranya saya menerima apa-apa surat dari mahkamah.

"Mereka mahu membela saya tetapi saya tidak melihat itu sebagai matlamat utama. Kalau saya terima apa-apa surat daripada sesiapa pun, saya harap akan matang dan dapat fikirkan yang terbaik untuk membuat keputusan dengan nasihat peguam,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN:Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”

Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah.

Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.

Pemandu bas lebih dikenali sebagai ‘abang bas’ itu didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan semalam dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

Susulan itu, keluarga abang bas menyatakan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.

Peguam secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu-individu berkaitan dan menasihatkan mereka untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.

#Uyaina Arshad #Abang Bas #LOD #Surat Tuntutan
;