Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”

gempak
Asyikin Mayudin
19/06/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi soalan-soalan biasa yang diterima oleh ibu yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata.

Terima Banyak Respons

Uyaina menerusi video di TikTok berkata dia menerima banyak respons di Instagram dan turut terkejut dengan soalan-soalan yang diterima.

“Seperti mana korang tahu atau tidak tahu, saya tengah berpantang dah sebulan dah, Alhamdulillah. Hari itu saya ada buat soalan dekat IGs saya.

“Saya tanya apa soalan yang tak patut tanya dekat ibu yang baru bersalin. Banyak respons, dan ada sesetengah respons itu buat saya sampai terkedu, tak percaya yang ada orang duk tanya soalan macam ini dekat orang lain.
“Apatah lagi ibu yang baru sahaja melahirkan. Jadi saya nak kongsi dengan korang antara soalan yang orang tanya dekat ibu yang bersalin,” katanya.

Antara soalan-soalan yang diterima ;

#1 - Bersalin normal ke czer? Lol sibuk asal ek sama saja kan. Beranak gak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Sarat Mengandung Mengidam ‘Karipap Kambing’ Penjara Kajang, Tiga Hari Berturut Cuba Nasib - “Pegawai Itu Bawa Saya Jumpa Seorang…

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Keguguran Wanita Hamil Di Gaza Meningkat, Tekanan & Kurang Makanan Jadi Punca

“I tak faham kenapa beranak normal, kenapa beranak czer ini antara soalan yang orang suka sangat tanya dekat mak yang baru bersalin. Kenapa kalau beranak caeser tu tak cukup melahirkan ke?
“Tak sama hebat macam ibu yang beranak normal ke?”
#2 - Kenapa ambil epidural? Nanti tak rasa la nikmat sakit bersalin.
“Ada orang komen nikmat opah kau.

ARTIKEL BERKAITAN: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

​ARTIKEL BERKAITAN: "Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

#3 - Eh kenapa bagi minum susu formula ini. Susu badan tak ada ke.
“Kadang-kadang saya tertanya orang yang tanya soalan ini kan dia betul-betul concern fasal ibu yang tak dapat nak direct breastfeeding anak dia ke atau pun dia rasa dia nak tunjuk power sebab dia dapat breastfeed anak dia.
“Ataupun dia saja nak menyakitkan hati ibu yang tak boleh nak breastfeed anak dia. So mana satu.”
#4 - Gelapnya baby, kalau ibu ayah cerahkan baru keluar fresh dari oven skin main peranan la.
“Jujur la, soalan ini berkaitan fasal warna kulit anak yang paling tahi sebenarnya. Sebab tak kisahlah anak itu gelap ke cerah ke, warna kuning ke oren ke hijau sekalipun, apa masalah you. Takpayah la nak body shame baby itu, baru lahir kot. Sabarlah dulu nanti warna dia akan bertukar.”

ARTIKEL BERKAITAN: Dilayan Macam Puteri Makanan ‘Diterbang’ Khas Dari Indonesia, Badan Syahrini Naik 18 Kilogram

​ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal…

#5 - Bersalin dekat swasta ke kerajaan.
“Bersalin dekat mana pun tak jadi isu pun. Macam saya haritu saya beritahu saya bersalin dekat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pun orang cakap wah artis pun bersalin dekat hospital kerajaan. Saya macam apa masalah anda saya nak bersalin dekat mana sekalipun. Ada menganggu perancangan kehidupan you ke?
#6 - Eh kecilnya baby… anak jiran acik baru dua hari dah 4 kg. Kok dibandingkan.
“Makcik minum clorox ke dulu soalan tu tak bernanah langsung”
Saksikan video penuh di bawah ;
@uyaina.arshad
Soalan apa yang TAK patut tanya dekat ibu yang baru bersalin? Korang pernah dapat soalan yang macam mana? Comment for Part 2!
♬ original sound - UyainaArshad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live