HIBURAN
"Saya Tidak Bersedia Ke Penjara" - Eda Ezrin
"Saya tidak bersedia ke penjara," luah penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, ketika ditemui di Penjara Wilayah Narathiwat, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Nasib Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Ditentukan Esok
BERITA TRENDING: Empat Bulan Di Penjara Narathiwat, Eda Ezrin Turun Berat Badan, Faham Bahasa Thai
BERITA TRENDING: Jaa Suzuran Terkejut Abang & Kakak Ipar Terlibat Kes Dadah Di Thailand, Hanya Mampu Sabar - "Siapa Tak Nak Pertahankan Keluarga ..."
Nasib ibu kepada dua anak bersama suami serta empat rakan mereka akan diketahui esok apabila Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan 6 Mac sebagai tarikh keputusan kes.
Menurut penyanyi 'Bea Sobar Bea' itu yakin dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat.
"Andai sebaliknya, saya tidak bersedia lagi," katanya.
BERITA TRENDING: Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Eda Ezrin yakin dirinya dibebaskan tidak lama lagi.
Dia meletakkan keyakinan 90 peratus keputusan pada 6 Mac akan berpihak kepadanya.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakannya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.
Semua tertuduh mengaku mengambil dadah di hadapan hakim.
Bagaimanapun, mereka tidak mengaku memiliki pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
BERITA TRENDING: Penyanyi Thailand, Deqnee Dusongnyo Ganti Eda Ezrin Nyanyi Lagu Bea Soba Bea Raya
Sementara itu, Erdieka dan Zuhaira mengaku salah atas dua pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi dan menduduki negara itu secara tidak sah.
Sumber: Sinar Harian