Penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan biarpun harus menempuh pelbagai rintangan.

Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Penjara Pokok Sena, Kedah.

Menerusi entri terbaharunya semalam, Ebit mengatakan telah menerima surat rasmi dari Penjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk mangsa Covid-19 yang dikuarantin.

Cukup sedih dengan permintaan pihak penjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantsr semua barang ke sana dengan segera.

“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin.

“Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana.

“Kita semua sebuah keluarga.

“Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Dalam masa itu, Ebit berharap semua mangsa Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.

“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar.

“Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.

“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.

Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin. Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. Kita semua sebuah keluarga. Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas. Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama- ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on