Sebut saja tentang dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) pasti sudah terbayang barisan superhero seperti Iron Man, Dr Strange, Captain America, Hulk mahupun Black Panther.

Namun pasti ramai juga yang meminati watak Wanda dan juga Falcon memandangkan dua series ‘stand alone’ mereka telah ditayangkan di Disney Plus.

Namun, mungkin anda yang tertanya apa sebenarnya kuasa atau kemampuan dua karakter ini? Malah, siapakah yang lebih hebat?

Ini yang anda perlu tahu tentang Wanda dan Falcon!

Falcon aka Sam Wilson

#1 Mampu Terbang Menggunakan Kostum Vibranium

Jangan sangka hanya kostum Black Panther saja diperbuat daripada vibranium, ini kerana kelengkapan Falcon juga menggunakan bahan yang sama.

Pengunaan bahan ini sekali gus menjadi Falcon lebih kebal dan sukar ditandingi.

Bagaimana ini boleh berlaku? Nantikan kejutan di Falcon & Winter Soldier.

#2 Lebih Tangkas!

Jika dibandingkan dengan Wanda, Falcon mempunyai kelebihan dari segi pertahanan kerana Sam sangat hebat dalam seni mempertahankan diri.

Sebagai anggota tentera Amerika, Sam lebih tangkas ketika berlawan.

#3 Redwing!

Sebut saja tentang Falcon, tidak lengkap rasanya jika tidak memfokuskan terhadap keupayaan ‘rakan baiknya’ iaitu Redwing.

Redwing di dalam komik merupakan seekor burung helang, namun di MCU ia adalah drone yang mampu menjadi menyerang pihak lawan.

Redwing juga mampu menjadi ‘spy’ untuk memantau pihak lawan dari jauh.

Ada yang mendakwa Redwing versi vibranium jauh lebih hebat dan berkuasa,

Scarlet Witch aka Wanda Maximoff

#1 Telekinesis

Pada yang tidak tahu, telekinesis merupakan kemampuan menggerakkan sesuatu tanpa menyentuh.

Menerusi beberapa filem Avengers sebelum ini, Wanda dilihat wanda mampu menggerak dan membaling objek dengan kuasa ini.

Babak ikonik pastinya ketika Wanda mengangkat Thanos ketika di Endgame.

#2 Manipulasi Tenaga

Kelebihan inilah yang digunakan Wanda untuk menghancurkan Mind Stone.

Wanda mampu memanipulasikan tenaga untuk mencipta dan ‘blast’ tenaga yang lebih berkuasa.

Malah, ini antara 'senjata' Wanda yang kerap digunakan ketika bertarung.

#3 Mengubah Realiti

Merupakan antara kekuatan Wanda yang sukar ditandingi oleh sesiapa pun ketika ini.

Jangan tak percaya Wanda mampu menghasilkan realiti baru dengan mengubah bentuk dan perwatakan seseorang mengikut kehendaknya.

Kekuatan Wanda dikatakan melebih Ahli Sihir terhebat ketika ini, Dr Strange.

Oleh itu, antara Wanda dan Falcon siapakah yang lebih hebat?

Anda kenalah tonton kedua-dua siri iaitu WandaVison dan Falcon And The Winter Soldier menerusi Astro Movie Pack sekarang.

Daftar sekarang dan bermula 1 Jun ini, kesemua karya hebat ini akan tersedia di ‘pawagam’ rumah anda.

Mudah saja, pelanggan hanya perlu daftar menggunakan Astro ID menerusi tiga langkah ini.


Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ini di www.astro.com.my/Disney.

Jika belum mempunyai Astro ID, anda boleh daftar di sini, https://astro.com.my/AstroID

Untuk makluman, Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia.

Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Pada masa sama ia juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.

Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.