Laman Utama
Scha Alyahya Throwback Video Sebelum ‘Check In’ Hospital, Ramai Touching Bila Lara Alana Menangis…
Sebuah video yang merakamkan reaksi Lara Alana menangis teresak-esak sebelum ‘ditinggalkan’ ibu dan bapanya selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari mengundang sebak warganet.
Menerusi hantaran yang dimuatnaik Scha Alyahya malam tadi, difahamkan video tersebut dirakam pada malam sebelum dia bersalin anak keduanya.
Lebih menyentuh perasaan apabila Scha dan Awal dilihat memujuk dan memeluk erat Lara supaya bertenang dan tidak bersedih.
“Lara akan jumpa adik Ahad nanti okay? Janji dengan daddy Lara akan okay,” pujuk Awal.
Dalam video yang dirakam pada 11 Februari itu, Lara turut memberitahu kepada Scha dan Awal yang dia akan merindui kedua-dua ibu dan bapanya.
“I know I can’t see you, I will miss you,” katanya sambil memeluk erat Awal.
Sebelum itu Lara turut meluahkan kepada Scha bahawa dia akan bersedih tanpa kehadiran ibunya.
"Without you i will sad," katanya tersekat-sekat.
Video berdurasi 2 minit 2 saat itu telah ditonton lebih 543,000 kali dengan hampir 2,000 komen di tinggalkan pengikut, termasuk rakan-rakan selebriti.
Rata-rata memuji kepintaran Lara walaupun sebak melihat keadaan anak sulung kepada pasangan Scha dan Awal yang gagal mengawal perasaan pilunya.
“Kenapa aunty Sherry nangis sekali ni???,” tulis Sherry Alhadad disertai emoji menangis??
“Alaaaa sadnyaa..Lara good girl!! Aunty turut nangis...,” tulis Nabila Huda.
“Ooohhhhhh babyyyy.. I teared up at gambar last tuuu muka dia sedih and smiling sekali,” komen Yasmin Hani.
“Jealous dengan Lara,” kata Janna Nick.
Rakan selebriti lain yang turut kelihatan pada ruangan komen ialah Dynas Mokhtar, Sari Yanti, Indah Ruhaila, Shalmaaina, Adriana Adnan dan ramai lagi.
Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan kedua pada 12 Februari lalu, jam 9.15 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
Scha dan Awal juga telah memilih nama Lyla Amina buat cahaya mata kedua mereka itu dan mendedahkannya selepas genap sebulan usia si comel tersebut.
Must-Watch Video