Hiburan

“Sebab Itu Saya Buat Badan, 10 Tahun Tunggu Memang Berbaloi” – Ammar Alfian

gempak
Mya Amri
30/11/2018
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Sebab Itu Saya Buat Badan, 10 Tahun Tunggu Memang Berbaloi” – Ammar Alfian
Pelakon filem PASKAL The Movie, Ammar Alfian akui lebih selektif memilih tawaran berlakon dan hanya menerima naskhah bergenre aksi sahaja.
Menurut Ammar, dia sememangnya sudah membuat persediaan untuk berlakon watak aksi sejak 10 tahun lalu.
“Memang lebih selektif dan saya mahukan watak aksi sahaja kerana itu memang target saya sejak dulu lagi. “Sebab itu saya berusaha buat badan tapi lain pula jadinya. Saya lebih banyak dapat tawaran untuk menjadi watak Romeo.
“Sampailah Adrian tawarkan saya untuk berlakon filem PASKAL, waktu itu hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya.
“Alhamdulillah akhirnya impian saya tercapai. 10 tahun saya menunggu maknanya berbaloi jugalah penantian saya,” katanya kepada Gempak. Tambah Ammar lagi, dia berterima kasih kepada peminat kerana menyukai lakonannya dalam PASKAL.
“Terima kasih, itu tandanya lakonan saya berkesan. Saya akui pada waktu itu berdebar juga mahu tahu reaksi peminat.
“Tapi syukur, banyak maklum balas positif yang diberikan oleh mereka,” ujarnya. Mula ditayangkan pada 27 September lalu, PASKAL The Movie diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Selepas pawagam, PASKAL kini boleh dilanggan menerusi Astro First (saluran 480).
Foto: Instagram @ammar_alfian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024