“Saya pun tak tahu nak buat macam mana sebab saya nak juga watak berbeza, nanti orang bosan juga kalau asyik tengok lakonan sama sahaja,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr.Pilot itu juga mendedahkan dia pernah ditolak pihak produksi untuk sebuah filem aksi hanya kerana mempunyai wajah ‘budak baik’.
“Saya pernah pergi uji bakat untuk sebuah filem aksi bagi watak polis atau tentera.
“Pada mulanya mereka cakap lakonan okey, tetapi pengarah cakap muka terlalu baik, jadi saya tak dapat dan watak itu diberikan kepada pelakon lain,” tambahnya.
Alvin kini sedang menjalani penggambaran bersama Siti Khadijah Halim untuk drama Rahsiamu Selamat Denganku.
Selain Alvin dan Siti Khadijah, pelakon yang turut menjayakan drama tersebut adalah Haziq Dean, Fadhlan Hazim, dan Adriana Adnan.