Hiburan

Netizen Tak Berkenan Tengok Alvin Chong Pakai Macam Androgini - "Maaf, Tak Sesuai Dengan Awak"

gempak
Gempak
05/03/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tak Berkenan Tengok Alvin Chong Pakai Macam Androgini - "Maaf, Tak Sesuai Dengan Awak"
Akibat berpakaian seperti androgini, pelakon, Alvin Chong, teruk dijadikan ‘bahan’ kutukan netizen.
Menerusi entri terbaharunya di Instagram, Alvin memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya memperagakan baju berona biru tanpa lengan yang direka oleh salah satu jenama fesyen terkenal antarabangsa.

BERITA TRENDING: “Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong

Bagaimanapun, muat naik itu menjadi 'buah mulut' netizen di mana rata-ratanya berpendapat pakaian tersebut tidak sesuai diperagakan oleh aktor berkenaan.
Antara komen yang diterima:
“Tak sesuai langsung dengan awak,”
“Terus macam mak nyah,”
“Ni baju apa ni, dah macam apron aku tengok,”
“Pakai baju kakak ke?”
Dalam pada itu, ada juga beberapa rakan selebriti yang menunjukkan sokongan terhadap pakaian yang digayakan.
Sekadar info, androgini adalah istilah yang merujuk kepada gabungan sifat dan tabiat umum antara jantina lelaki dan perempuan.
Terdahulu, Alvin pernah dinobatkan dengan anugerah McM Rising Star dalam kategori Most Promising Fashion Icon 2023 dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Selain itu, Alvin juga pernah mewakili Malaysia di Minggu Fesyen Milan (Milan Fashion Week) bersama Onitsuka Tiger pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024