Laman Utama

“Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong

gempak
Asyikin Mayudin
02/10/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong
Meskipun mimpi hanya mainan tidur namun pelakon Alvin Chong mendedahkan dia pernah terjaga dari tidur dalam keadaan menangis.
Menurut Alvin, keadaan itu berlaku selepas dia mengalami mimpi buruk baru-baru ini di mana ia mengenai pengkhianatan yang dilakukan seorang sahabat baik.
Malah, aktor berusia 32 tahun itu menyifatkan mimpi yang dialaminya itu sebagai tidak masuk akal.
“Saya baru sahaja mengalami satu mimpi buruk yang langsung tak masuk akal dan saya terjaga dalam keadaan menangis.
“Secara kasarnya, mimpi tersebut mengenai seseorang itu telah ditipu oleh kawan baiknya sendiri. Mimpi tersebut lebih sakit dan teruk daripada rasa patah hati,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Alvin difahamkan ketika ini berada di Paris bagi menghadiri acara fesyen jenama terkemuka dunia.
BACA SINI: Alvin Chong Ada Sebab Tak Dapat Teruskan Amalan Berpuasa Tahun Ini - “Bukan Disebabkan Saya Sakit...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live