Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

Umirah Halim
20/09/2024 12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Lindung anak

Menurut, Che Ta sebagai ibu, dia memegang tanggungjawab untuk melindungi anaknya dari sebarang ancaman pihak luar terutamanya yang melibatkan jenaka seksual.

“Kalau boleh saya nak sebagai ibu saya kena protect anak saya.

“Jenaka seksual terhadap kanak-kanak bukan perkara main-main.

“Bayangkan betapa terluka nya hati anak saya bila terbaca tulisan-tulisan komen yang saya anggap terlampau biadap! Saya menuntut balasan di atas apa yg anak saya dan saya rasa,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

BERITA TRENDING: Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

BERITA TRENDING: Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

BERITA TRENDING: "Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa

Tuntut video permohonan maaf

Sementara itu, Che Ta bagaimanapun enggan bersemuka secara peribadi dengan individu tersebut, sebaliknya hanya menuntut video permohonan maaf secara terbuka.

“Tak kebuloq (tak mahu) nak jumpa depa! (mereka), saya hanya mahu video permohonan maaf di semua platform.

“Sebenarnya bila kita tgk komen-komen keji macam tu kita dh boleh andai perangai dan hati mereka lebih keji daripada itu,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Che Ta bertindak membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.

#Anak #Rozita Che Wan #Che #Ta #Jenaka #Seksual #lindung
;