Hiburan
"Sebagai Seorang Bapa Dia Hanya Menjaga Anak Perempuannya .." - Aiman Hakim Ridza
"Sebagai Seorang Bapa Dia Hanya Menjaga Anak Perempuannya .." - Aiman Hakim Ridza
Pelakon Aiman Hakim Ridza menjelaskan dia faham dengan kenyataan yang dibuat oleh bapa aktres Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson terhadap dirinya.
Menurut Aiman, mereka sudah berjumpa kira-kira dua tiga kali sebelum ini.
"Saya memahami, sebagai seorang bapa, beliau menjadi seorang yang sangat 'protective'.
"Dia sudah membesarkan Zahirah dengan penuh kasih sayang.
"Jadi, sebagai seorang bapa, dia hanya menjaga anak perempuannya dan saya faham perkara itu.
"Kami juga sudah berjumpa dua tiga kali sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Aiman ditemui ketika majlis tayangan perdana program Ramadhan Astro di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.
Tambah Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abduh, dia dan Zahirah akan berangkat ke Perth, Australia pada awal Ramadan.
"Kami ke sana untuk benda baik. Insya-Allah, jika bertunang, kahwin ini adalah benda yang bagus.
"Doakanlah benda yang baik," katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Aiman muncul dalam drama Curi-Curi Cinta.
Selain Aiman, drama Curi-Curi Cinta ini turut menampilkan pelakon Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
Drama Curi-Curi Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video