,
Hiburan

“Sebagai Seorang Mak, Hati Mana Tak Remuk Bila…”- Lisa Surihani

Syafiqah Jalal
18/08/2020
08:48 MYT
Pelakon Lisa Surihani akui memahami perasaan ibu yang hatinya remuk bila amanah yang diberikan untuk menjaga anaknya dihancurkan.
Mengulas mengenai drama Pelindung Seorang Puteri, Lisa terkesan melihat mata sayu pelakon Wan Norazlin yang memegang watak sebagai ibunya.
“Sebagai seorang mak, hati mana tidak remuk, berkecai bila dapat tahu amanah yang diberi kepada seseorang untuk dijaga, dibimbing dan disayangi , diperlaku sebegini.
“Saya terkesan dengan mata Mak (Wan Norazlin) yang tajam memandang besan dia. Her message is loud and clear through her eyes,” katanya.
Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Lisa memuat naik sedutan babak dalam drama arahan Yusry Abdul Halim yang menghiasi slot Megadrama serta ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Sebagai seorang Mak, hati mana tidak remuk, berkecai bila dapat tahu amanah yang diberi kepada seseorang untuk dijaga, dibimbing dan disayangi , diperlaku sebegini. Saya terkesan dgn mata Mak @wannorazlin_307 yang tajam memandang besan dia. Her message is loud and clear through her eyes. #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @pu_rizzz_ismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick @fishfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legend

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar