HIBURAN
“Sebaknya Tengok…” – Momen Bella Astillah Menangis Bersama Ibu Betty Rahmad Curi Perhatian Ramai
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Betty Rahmad mencuri perhatian ramai apabila berkongsi suasana ketika dalam sebuah majlis ilmu baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, majlis tersebut turut disertai beberapa rakan selebriti terkenal antaranya Neelofa, Nora Danish, Nadiya Nisaa, Bella Astillah dan ramai lagi.
Namun, apa yang paling menarik perhatian netizen bukan sekadar suasana majlis, sebaliknya satu momen menyentuh hati membabitkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan ibu Betty, yang dikenali sebagai Che Semah.
Dalam rakaman tersebut, Bella dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika sedang berbual bersama Che Semah, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.@bettyrahmadali MasyaAllah Tabarakallah segala puji bagi Allah SWT🤲 Tadabbur Surah Al Mulk ( Ayat 13-15) Allah tahu setiap bisikan hati kita, sama ada kita luah atau kita diam. Dia tahu yang kita pendam, yang kita sembunyikan dari dunia. Sebab Dia yang cipta kita. Dia Maha Mengetahui. Dia faham setiap resah, setiap luka, setiap doa yang tak mampu kita lafaz. Bumi yang kita pijak ini pun Dia yang mudahkan. Supaya kita boleh bergerak mencari rezeki & membina hidup. Tapi yang pasti satu hari nanti, kita akan kembali kepadaNya. Jazakumullah Khayron Ustazah Nony & sahabat yang hadir ❤️ #tadabbur #almulk #majlisilmu ♬ original sound - DNP
“Kenapa saya pula yang sedih tengok makcik Che Semah dengan Bella?
“Sedih tengok Bella menangis. Ya Allah, semoga Kau beri kebahagiaan buat dia. Berilah suami yang boleh jaga, lindung dan sayang dia sepenuh hati. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
“Touching part mak Semah dengan Bella.
“Kenapa ni? Aku pula yang nangis. Sebak tengok Cik Semah pegang tangan Bella,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sebelum ini dihimpit kontroversi apabila didakwa terpaksa mengumumkan nama pelakon Sophia Albarakbah ketika menyampaikan anugerah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).
Walaupun Sophia tidak mengambil hati dengan dakwaan segelintir netizen mengenai suasana janggal di antara mereka, tindakan Bella yang terus beredar sebaik acara tamat menambah spekulasi wujud ketegangan antara kedua-duanya.
Terdahulu, sekitar Januari 2023, Bella pernah mendakwa Sophia menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz. Dia juga pernah berkongsi tangkap layar perbualan menunjukkan Sophia memohon maaf atas apa yang berlaku.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Must-Watch Video