Sebar Video Seks: Lima Termasuk Kesemua Empat Isteri Penceramah Bebas Direkod Keterangan
Polis sudah merekodkan keterangan lima saksi termasuk kesemua empat isteri seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan penyebaran video seks memaparkan dirinya bersama wanita-wanita berkenaan serta gambar aib individu lain.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan lengkap.
"Keterangan keempat-empat wanita terbabit diambil pada minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas dua telefon pintar dan sebuah komputer riba milik suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata tauliah penceramah bebas terbabit sudah ditarik.
Sumber: Astro AWANI