Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Chot yang juga anggota XOXO memaklumkan anaknya, Muhammad Sher Harraz Azmeer menjalani pembedahan tracheostomy yang melibatkan penebukan di leher pagi tadi.

Chot telah memuat naik semula (repost) kenyataan yang dibuat isterinya, Jaja Fieyrul menerusi laman Instagram miliknya.

"Doakan anak saya menjalani pembedahan tracheostomy tebuk di leher tanpa menggunakan ventilator pada pagi ini, semoga dipermudahkan urusan Sher Harraz dan ada keajaiban untuknya, Amin.

"Subhanallah, sebelum masuk dewan bedah, sempat dia, matanya cantik sangat umpama di syurga, mengalir air mata melihatnya," tulisnya.

Pada masa yang sama, Chot turut memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya di ruangan kapsyen.

Sedikit pembetulan mengenai post saya yang awal tadi. #Repost @jajafieyrul with @get_repost ・・・ Doakan sherharraz ye❤️

A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on

#be strong syg.. Repost @jajafieyrul with @get_repost ・・・ Subhanallah ciptaan tuhan, cantik❤️

A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on


Terdahulu, Harraz telah menjalani pembedahan membetulkan tulang pada bahagian hidung yang menyukarkan pernafasannya.