Laman Utama

“Sebelum Masuk Hero Remaja Lagi..” - Meerqeen Rupanya Dah Lama Pendam Cita-Cita Nak Jadi Penyanyi?

gempak
Hanafis Haris
04/10/2021
08:40 MYT
Sponsor Banner
“Sebelum Masuk Hero Remaja Lagi..” - Meerqeen Rupanya Dah Lama Pendam Cita-Cita Nak Jadi Penyanyi?
Bergerak aktif dalam bidang lakonan, siapa sangka pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen, 20, rupanya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi.

Menurut Meerqeen, sebelum bergelar artis lagi, dia sebenarnya sudah merancang untuk bergelar penyanyi, namun semuanya bergantung kepada rezeki.

“Sebelum masuk Hero Remaja lagi, memang Meerqeen minat sangat menyanyi, sejak sekolah lagi.

“Banyak juga saya menyanyi dekat acara-acara sekolah, jadi bila masuk industri memang ‘goal’ saya nak jadi penyanyi.

“Tapi rezeki tak salah alamat, saya lebih ke bidang lakonan. Jadi saya teruskan saja dulu,” katanya.

Jelasnya, dia juga mahu mengeluarkan single terbarunya untuk melihat reaksi dan penerimaan peminatnya.

“Alhamdulillah saya kini gembira dengan lahirnya single sulung saya iaitu Menunggu dan impian mahu menjadi penyanyi kini tercapai.

“Memang saya gembira dalam masa yang sama gugup memperdengarkan Menunggu kepada semua.

“Lagu ini saya anggap sebagai kejutan kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya sejak awal.

“Sudah tentu sokongan orang sekeliling membuatkan saya bersemangat merakamkan ini. Harapnya semua akan menerima lagu ini dan itu akan memberikan semangat kepada saya,” jelasnya.

Meerqeen berkata demikian semasa sesi sidang media pelancaran single Menunggu yang berlangsung baru-baru ini.

Single Menunggu merupakan hasil sepenuhnya ciptaan Aliff Iskandar dan boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live