Laman Utama

“Sebelum Ni Untuk Raya Pertama & Kedua Sahaja” - Adib Syukur Rezeki Tular, Belum Rancang Buat Open House

gempak
Mya Amri
26/04/2023
14:45 MYT
Sponsor Banner
“Sebelum Ni Untuk Raya Pertama & Kedua Sahaja” - Adib Syukur Rezeki Tular, Belum Rancang Buat Open House
Usahawan dan juga pempengaruh, Adib Banana Dibs bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya selepas tular di media sosial sebelum ini.
Bagi Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil ini sendiri tidak menyangka ungkapan “biasa, biasa maksudnya?” memberikan tuah kepada peniaga pisang goreng keju yang diusahakannya.
Disebabkan itu juga, Adib berkata sambutan hari raya tahun ini sedikit berlainan dengan sebelumnya.
“Alhamdulillah, raya tahun ini banyak sedikit baju raya. Kalau sebelum ini kita susah payah nak beli dan mungkin dalam dua pasang sahaja.
“Itu pun untuk raya pertama dan kedua sahaja. Raya ketiga sudah tak pakai baju raya. Tapi kali ini sedikit berlainan.
“Orang kata adalah juga baju yang lebih berbanding dengan raya tahun sebelumnya. Saya pun tak sangka, mungkin inilah yang dinamakan rezeki,” katanya kepada Gempak.
Ditanya sama ada Adib mempunyai perancangan untuk membuat rumah terbuka, pemuda kacak berusia 24 tahun ini masih belum memikirkan tentang perkara itu.
“Setakat ini saya belum ara perancangan untuk buat rumah terbuka. Hanya buat kecil-kecilan sahaja untuk keluarga terlebih dahulu.
“Kalau tiba-tiba nak ajak orang ramai datang beraya nanti terkejut pula mereka,” katanya sambil ketawa.
Terdahulu, Adib dikenali ramai menjadi selepas video pendek berdurasi dua saat berbunyi, "biasa, biasa maksudnya?" menjadi tular.
Gelagatnya yang bersahaja dan penuh sopan sambil melentokkan kepala ketika melayani pertanyaan pelanggan membuatkan ramai yang menyukainya terutama para wanita.
Jangan lupa saksikan program Gempak Most Wanted Raya di Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024