Penyanyi Zamani Slam menafikan kegagalan menyanyi di segmen pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) adalah kerana lupa lirik.
Sebaliknya, Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry.
“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.
“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.
“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.
“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri,”katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Zamani antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir.
Zamani akui bersyukur dan menganggap ia rezeki.
“Selepas persembahan pertama, saya dah 'give up' kerana malu... Tapi saya fikir saya ada peluang kedua, jadi saya pun cuba sehabis baik.
“Saya bersyukur kerana minggu ini kami diberikan tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi, jumlah markah itu datang dari dua persembahan,” katanya lagi.
Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.
Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila gagal ke peringkat akhir.
Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.
Syafiqah Jalal
Mon Nov 12 2018


"Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah" - Mira Filzah & Suami Pilih Nama Anak Guna Apps
Pelakon Mira Filzah mendedahkan dia dan suami mencari nama anak sulung mereka menerusi sebuah aplikasi fitur Tarteel e-Quran.

#GongTerkejut - Ramai Terpegun Lihat Karakter Star Wars, Money Heist Tiba-Tiba Muncul Di Tengah KL!
Ramai Terpegun Lihat Karakter Star Wars, Money Heist Tiba-Tiba Muncul Di Tengah KL!

Liverpool Legend, John Barnes Meriahkan EPL Bersama Peminat Di Malaysia
John Barnes Meriahkan EPL Bersama Peminat Di Malaysia
_2.png?ext=.png)
“Perlu Wujudkan Rasa Risau, Gelabah Dan Kalut Supaya …” – Anas Ridzuan Ambil Cabaran Dalam Kalut Nak Kahwin
Macam-macam hal kalau tiada air

Lady Gaga Sertai Joaquin Phoenix Di Joker 2
Teka teki sama ada Lady Gaga menyertai filem yang pernah mencetuskan fenomena, Joker kini terjawab.

"Dapat Silang Tangan Tu Maksudnya Dah Sihatlah Tu Ainul" - Nurul Erwani
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani tampil berkongsi keadaan semasa anaknya yang terdahulu dirawat di unit rawatan rapi pediatrik sejak Isnin lalu.

"Dia Pinjamkan Duit Untuk Orang Lain" - Isteri Dedah Peribadi Mulia S Atan
Isteri kepada komposer popular S Atan, Norizan Yeob, 58, terharu apabila sikap positif suaminya membuatkan ramai yang menyenangi figura hebat itu dari dulu sampai sekarang.

“Jadi Diriku”- Elyana Kembali Tak Bertudung?
Elyana buku tudung dipersoalkan

MLS3: “Kalau Juri Tak Ketawa Itu Satu Perkara Yang Seksa Jawabnya” - Ini Recap & Komen Minggu Ketiga
Mungkin ada yang terlepas pandang, jom imbas kembali komen-komen padu juri di minggu ketiga
![[VIDEO]“Ryan Dream Car”- Istimewa Birthday Anak, Azah Sanggup Sewakan Kereta Lamborghini [VIDEO]“Ryan Dream Car”- Istimewa Birthday Anak, Azah Sanggup Sewakan Kereta Lamborghini](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/azahazizanakkereta.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]“Ryan Dream Car”- Istimewa Birthday Anak, Azah Sanggup Sewakan Kereta Lamborghini
Azah Aziz Sanggup Sewakan Anak Kereta Lamborghini