HIBURAN
“Sebenarnya Saya Nak…” - Iman Troye Nafi Laporan Polis Hanya Gimik, Dedah Hubungan Dengan Aliff Syukri Memang Tak Pernah Okay
Penyanyi Iman Troye tampil menafikan dakwaan laporan polis yang dibuat terhadap usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri, hanyalah sekadar gimik semata-mata.
Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, hubungannya dengan Aliff sememangnya tidak baik sejak awal lagi.
“Saya memang betul-betul tak buat gimik. Sebenarnya saya nak bergurau dengan dia, tapi mungkin dia terasa hati dengan video suara yang saya stitch di TikTok, dan dari situlah semuanya bermula.
“Saya dengan Datuk Aliff memang tak okay dari awal. Pada mulanya saya sangka dia pun bergurau, tapi bila buat live, memang betul-betul bergaduh,” katanya kepada Gempak.
Iman berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media EP: Janji Raya Iman Troye yang berlangsung di TGV Cinemas, Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Isu Potong Babak Baju Renang, Salah Faham Lama Terbongkar
Menurut pelantun lagu Teman itu, ini bukan kali pertama mereka berselisih faham. Sebelum ini, mereka pernah berbalah mengenai keputusan untuk memotong adegan memakai baju renang dalam sebuah muzik video demi menjaga imej semua pihak.
“Sebelum ini pun kami pernah salah faham, termasuk isu potong adegan pakai baju renang dalam muzik video sebab nak jaga nama baik semua orang,” dedahnya.
Buat Laporan Polis Untuk Persediaan, Tapi Tarik Balik Lepas Berbaik
Selepas insiden itu, Iman membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Aliff Syukri sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya usahawan tersebut mengambil tindakan lanjut.
Namun, selepas berfikir semula, dia memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan perselisihan mereka adalah dengan mengajak Aliff untuk berduet dalam sebuah lagu raya.
“Saya buat laporan polis sebab saya tahu Datuk Aliff akan ambil tindakan, jadi untuk selamatkan diri saya, saya cuma buat persiapan sahaja.
“Tapi akhirnya, saya fikir nak berbaik dengan Datuk Aliff adalah dengan mengajaknya untuk buat lagu raya bersama. Saya dan pihak pengurusan pun berbincang cara terbaik untuk ‘tawan’ hati dia,” jelasnya.
Aliff Syukri Lama Simpan Hasrat Nak Duet Dengan Iman
Dalam pada itu, penyanyi bertubuh kecil turut mendedahkan Datuk Seri Aliff Syukri sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengannya dalam sebuah lagu raya.
BERITA BERKAITAN: Netizen Kagum Dengan Aliff Syukri Terus Cari Rezeki Selepas Bersahur - "Cemburu Dengan Semangat Datuk..."
BERITA BERKAITAN: Qadejah Akui Tercabar, Anggap Kritikan Satu Perkara Positif - “Saya Rasa Hentam Itu…”
Oleh disebabkan itu, Iman menjadikan peluang ini adalah yang terbaik untuk dirinya dapat berbaik semula dengan usahawan tersebut.
“Salah seorang bekas pekerja Datuk Aliff yang kini bekerja dengan syarikat saya ada beritahu bahawa kalau Datuk Aliff nak keluarkan lagu raya, dia memang nak duet dengan saya.
“Jadi saya pun cuba pujuk dia dan akhirnya dia setuju. Tapi saya rasa yang banyak membantu kami berbaik semula adalah Datin Shida,” ujarnya.
Walaupun hubungan mereka kini sudah kembali baik, Iman tidak menafikan kontroversi yang berlaku sedikit sebanyak membantu menaikkan tontonan muzik video raya mereka.
Sebelum ini, Iman membuat laporan polis selepas bergaduh dengan Aliff dalam satu siaran langsung di TikTok. Pergaduhan tercetus akibat Iman mengatakan dia tidak bersetuju sekiranya Aliff mahu mengeluarkan lagu raya.