Skip to main content

Budaya Popular

“Sebenarnya Tak Penting Pun Layan Orang” - Jefri Nichol Mahu Hidup Lebih Tenang

astrogempak_jefri_nichol_taknak_gaduh.jpg
Advertisement

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol, yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang lantang di media sosial dalam membalas komen negatif daripada netizen, kini memilih untuk tidak lagi membidasnya.

Menerusi laporan dari portal MSN Indonesia, aktor yang berusia 26 tahun itu berkata perdebatan di dunia maya tidak akan membawa sebarang manfaat buat dirinya.

Advertisement

"Ya, saya sedar yang membalas komen di Twitter sebenarnya tak penting pun nak layan orang. Jadi, lebih baik santai saja," katanya. 

Dalam pada itu, Jefri turut berkongsi salah satu sebab dia kini lebih tenang di media sosial adalah kerana ingin menjalani kehidupan dengan lebih damai.

"Saya hanya nak hidup dengan lebih tenang sahaja," ujarnya secara ringkas.

Sementara itu, Jefri juga dilihat semakin bahagia dengan status hubungannya bersama Ameera Khan. 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement