Hiburan

Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"

Umirah Halim
26/05/2024
01:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal membuat bekal buat suaminya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Masak bekal untuk suami

Menerusi perkongsian di akaun TikToknya, Syasya memasak hidangan daripada Jepun iaitu Kari Katsu buat bekal suaminya di kerja.
“Main masak-masak, buat kari katsu for my husband’s work lunch box,” tulisnya di dalam video tersebut.
Sementara itu, Syasya turut sempat meminta orang ramai memberi cadangan menu lain yang boleh dicuba.

“Let me know cadangan korang apa yang saya patut cuba untuk ‘main masak-masak’ seterusnya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Komen netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian video memasak Syasya.
“Syasya in her wifey era.
“Comel gila lunch box dia.
“Rajin nya syasya ni.
“Syasya patut cuba tauhu bergedil,” komen beberapa netizen.
Pada & April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Kemudian ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, tular pula video penampilan terbaharu Syasya yang kini sudah berhijab sehingga ramai membuat andaian dia kini sudah berhijrah.
Bagaimanapun, berita pernikahannya sekali gus menamatkan tanda tanya ramai tentang punca sebenar dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Dolla pada awal April lalu.
Selain Syasya kumpulan Dolla juga dianggotai oleh Tabby, Angle dan Sabronzo.

Berita Trending: Sebulan Dirikan Rumah Tangga, Syasya Rizal Muncul Dalam Sebuah Video Temu Bual Bersama Suami

Berita Trending: Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Viral

Elcah Maafkan Suami & Penyondol - “Saya Tahu Saya Isteri Yang Lurus Bendul…”

gempak
23/07/2024
09:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mengambil keputusan untuk memaafkan suaminya biarpun terpalit dengan kontroversi diganggu penyondol yang merupakan seorang pramugari.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.