Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

Awani
26/07/2024 03:12 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kana-kanak austisme itu, Disember lalu.

Tarikh Ditetapkan

Hakim Syahliza Warnoh menetapkan tarikh itu bagi serahan laporan bedah siasat dan rakaman litar kamera tertutup (CCTV).

"Saya mohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen...

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya masih lagi menunggu kedua-dua laporan itu.

"Pendakwaan masih belum menerima kedua-dua laporan itu, jadi saya mohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen," katanya.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh diwakili peguam Fahmi Moin.

Pada 28 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

BERITA TRENDING:"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

BERITA TRENDING:Prosiding Pertama Sebutan Kes Zayn Rayyan Hari Ini

BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Penyebaran Gambar Kecederaan Didakwa Zayn Rayyan Disiasat Bukit Aman


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak kandung mereka itu ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Sumber: AWANI

#Bunuh #Jenayah #Ibu #Bapa #Kanak-Kanak #Zayn Rayyan