Hiburan

Sedang Dirawat Kerana Kanser, Jupe Gagah Jalani Fotografi Atas Katil Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
07/03/2017
06:00 MYT
Sponsor Banner
Sedang Dirawat Kerana Kanser, Jupe Gagah Jalani Fotografi Atas Katil Hospital
Biarpun kini terlantar sakit di hospital, ia tidak mematahkan semangat Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe untuk menjayakan sesi penggambaran di lokasi tersebut.
Seorang jurugambar profesional dari Indonesia, Riomotret telah merakamkan beberapa keping foto penyanyi itu berlatar belakangkan wad tempat Jupe sedang dirawat.
Riomotret menerusi akaun Instagramnya (@riomotret) telah memuat naik foto-foto terbabit dan menarik perhatian peminat Jupe yang rata-rata mendoakan kesihatannya agar lekas sembuh.
Tulis Riomotret: "A strong person is not the one who doesn't cry. A strong person is the one who cries & sheds tears for a moment. Then gets up and fight again! U are strong @juliaperrezz. This picture was taken at the hospital right after Yuli is in pain and have taken a pain killer both intra-venous and orally."
Jupe menerusi akaun Instagram peribadinya (@juliaperrezz) turut memuat naik foto-foto berkenaan.
Dalam sesi fotografi tersebut, Jupe hanya disolek dengan olesan gincu merah menyala dan rambutnya didandan dengan gaya wet look dan hanya menyarung selimut hospital.

Jupe kini sedang dirawat di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM), Jakarta kerana menghidap penyakit kanser serviks sejak tiga bulan lalu.

Kami rangkumkan gambar-gambar menarik sepanjang sesi fotografi itu.
Olahan oleh: Amri Hassan Foto: @riomotret
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live