Laman Utama

Sedar Diri Semakin Berusia, Soo Wincci Tak Gelabah Cari Teman Hidup -"Saya Selesa Begini, Tanggungjawab Saya Untuk ...

gempak
Shahrin Zulkifle
14/06/2022
05:41 MYT
Sponsor Banner
Sedar Diri Semakin Berusia, Soo Wincci Tak Gelabah Cari Teman Hidup  -"Saya Selesa Begini, Tanggungjawab Saya Untuk ...
Pelakon dan penyanyi Dr. Soo Wincci berkongsi berita gembira untuk kembali aktif di dalam industri selepas lama menyepi.
Ketika ditemui Gempak, Wincci memberitahu bahawasa dirinya tidak sabar untuk berkongsi buah tangan sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
"Tahun ini saya akan kembali aktif di dalam industri selepas lebih kurang 5 tahun saya menyepi disebabkan beberapa perkara antaranya untuk menamatkan pengajian saya di Sepanyol.
"Saya juga ingin berkongsi kepada semua bahawa tidak lama lagi saya akan keluarkan lagu baru saya yang berentak Electronic Dance Music (EDM) ciptaan sepenuhnya oleh saya.
"Saya akan beri kelainan sedikit kali ni, sebabnya saya akan menari dan lebih ganas untuk lagu terbaru saya ni.
"Selain fokus pada nyanyian, saya juga sudah bersedia untuk kembali berlakon sekiranya ada pihak drama atau filem yang ingin mengundang saya, saya sedia untuk itu," kata Wincci.
Gempak sempat bertanya kepada Wincci, adakah hatinya sudah dimilki dan dijaga oleh seseorang? Wincci menjawab dirinya lebih selasa hidup sendirian dan kekal fokus pada kerjaya seninya.
"Untuk saya, saya masih sama masih single walaupun saya tahu saya sudah sedikit berumur. Saya lebih suka fokus pada kerja saya berbanding memikirkan soal jodoh.
"Tentang jodoh saya belum tahu, mungkin ada mungkin tiada, kerana saya lebih suka bekerja dan saya seorang yang sangat workaholic.
"Pada saya, saya sudah selesa begini, saya lebih berdikari dan tanggungjawab saya hanya untuk ibu dan ayah saya," ulasnya.
Tambah Wincci dia mengharapkan peminat akan sentiasa menyokongnya dan sabar menantikan buah tangan darinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024