Hiburan
Sedar Diri Sudah Tua, Chew Kin Wah Akui Kurang Terima Tawaran Berlakon - “Bila Tiada Kerja, Saya Biasanya…”
Pelakon Chew Kin Wah mengakui faktor usia menjadi salah satu punca dia kurang menerima tawaran berlakon seperti sebelum ini.
Perkara biasa
Bagaimanapun, bagi Chew, dia menganggap ia satu perkara biasa apatah lagi pelakon berbangsa Cina sepertinya tawaran berlakon dalam filem dan drama berbahasa Melayu lebih terhad.
“Kalau tak fasal saya sudah berusia pun memang tak banyak tawaran berlakon sebelum ini! Inikan sekarang sudah tua, lagilah tak banyak.
“Pelakon veteran Melayu pun sudah tak banyak dapat tawaran apatah lagi saya yang berbangsa Cina ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Chew sentiasa bersikap positif dengan situasi dilaluinya dan menganggap sudah tiba masanya dia lebih banyak berehat pada usia sekarang.
Habiskan masa di rumah
“Umur saya sudah 60 tahun, usia orang bersara! Bila tiada kerja, saya biasanya duduk di rumah sahaja bersama keluarga,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Chew bakal memasuki set penggambaran filem Abah Saya Uncle Mike yang dijangka ditayangkan tidak lama lagi.
Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar tengang seorang lelaki berbangsa Cina iaitu Michael Tong Wai Siong atau Uncle Mike yang membesarkan tiga orang anak angkat berbangsa Melayu.
ARTIKEL BERKAITAN: Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”
Walaupun berbeza agama, Uncle Mike berjaya membesarkan ketiga-tiga anak lelakinya itu dengan sempurna selain menitikberatkan soal pendidikan agama Islam.
Kisah Uncle Mike dan tiga anak lelakinya turut menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat sehingga tular sebelum ini.
Malah Uncle Mike, 56, juga menjadi perhatian apabila menerima anugerah ketokohan bersempena sambutan peringkat kebangsaan Maulidur Rasul 1446H/2024 pada 16 September tahun lalu.
Selain Chew, karya itu turut membariskan pelakon seperti Andy Teh, Umar Shakur, Merah Muhaimin dan Idan Aedan.
Must-Watch Video