Hiburan
Sedar Diri Tak Kacak, Ryu Jun Yeol Tak Kecil Hati Dipanggil Hodoh
Pelakon Korea, Ryu Jun Yeol akui seringkali dipersendakan dan dikutuk kerana wajahnya yang tidak tampan.
Menerusi satu temubual bersama pelakon drama Lucky Romance ini menjelaskan tidak tersinggung dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kerana percaya setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri.
“Saya tahu saya tidak sekacak selebriti lain dan saya akui memang sering dikutuk kerana wajah saya.
“Saya hanyalah seorang lelaki biasa, tak apa saya tak tersinggung mahupun kecil hati sebab saya percaya dengan bakat yang ada pada saya.
“Bagi saya kacak atau tidak itu bukan perkara utama yang penting saya selesa dan yakin dengan diri sendiri,” jelasnya seperti yang dilapor Soompi.
Dalam pada itu, Ryu Jun Yeol juga menegaskan dia tidak akan membuat sebarang perubahan terhadap wajahnya semata-mata untuk memuaskan orang lain.
“Buat apa saya nak ubah wajah kerana nak puaskan hati orang? Saya tak rasa perlu untuk buat demikian.
“Lagipun menerusi watak lakonan, tak semestinya hanya bersandarkan pada wajah semata-mata sebaliknya keberkesanan dalam lakonan itu yang lebih penting.
“Tak dinafikan mempunyai wajah yang kacak itu bagus kerana mampu menarik penonton namun bagi saya banyak perkara lain lagi yang boleh diberi perhatian.
“Lebih baik sekiranya jika saya mampu membawakan karakter yang diberikan dengan baik daripada bersandarkan hanya pada rupa,” katanya.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Soompi
Must-Watch Video