Laman Utama
Sedih...Anak Saudara Ajak Pergi Surau Berjemaah Rupanya Nak Buang!
Warganet memuji tindakan pantas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyelamatkan seorang warga emas yang ditinggalkan di sebuah surau di Subang.
Difahamkan warga emas tersebut ynag tidak mempunyai anak ditinggalkan oleh anak saudaranya selepas diajak ke surau berkenaan untuk berjemaah.
Menurut hantaran yang dimuat naik Lembaga Zakat Selangor di laman sosial Facebook (FB), warga emas terbabit tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian.
“Pilu hati kami ketika beliau berkongsi cerita bagaimana beliau telah ditinggalkan di sebuah surau. Beliau tidak mempunyai zuriat kerana belum berumahtangga.
“Sebelum ini, beliau dijaga oleh anak saudaranya. Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana PKP, ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkan beliau di salah sebuah surau.
“Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian. Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan.
“Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan beliau,” tulis LZS pada hantaran tersebut.
Menerusi hantaran tersebut juga LZS warga emas tersebut turut mengadu kelaparan. keletihan dan sakit pada bahagian kaki akibat jangkitan kuman.
“Ketika kami sampai, beliau mengadu yang kakinya sakit akibat jangkitan kuman, perutnya lapar dan berada dalam keletihan,” kata LZS.
LZS bertindak menyelamatkan warga emas malang terbabit sejurus mendapat maklumat mengenai beliau oleh penduduk setempat.
Warga emas tersebut juga bersetuju untuk ditempatkan di Rumah Kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil selepas berunding dengan LZS.
LZS juga akan menanggung kos penjagaan dan rawatan warga emas itu.
“Kami bergegas untuk membantu beliau memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes Covid-19 buat masa ini. Tentunya bahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat-tempat awam.
“Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil.
“Zakat Selangor akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau. Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak.
“Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” kata LZS lagi.
WARGA EMAS DITINGGALKAN DI SURAU. Subang - Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah...Posted by Lembaga Zakat Selangor on Friday, 5 February 2021
Must-Watch Video