Doktor bedah popular Dr. Amalina Bakri meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki dan yang bertanyakan tentang selaput dara tunangnya.

Berkongsi perkara terbabit di laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini, Dr. Amalina memberitahu situasi itu amat mengecewakan.

"Seorang gadis bertanya saya soalan ini: 'Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan keluarga saya yang saya masih dara? Ada tak pemeriksaan perubatan untuk memberikan bukti yang mereka minta?'.

"Pertama sekali, saya tidak percaya seseorang individu boleh bertanyakan soalan sedemikian.

"Dan ianya menyedihkan apabila tunang dan keluarganya sanggup meminta bukti.

"Apapun, saya tidak mahu terus membebel. Ini pautan artikel daripada Prof. Dr. Imelda mengenai selaput dara," tulis Dr. Amalina.

Dalam artikel terbabit, Dr. Imelda menerangkan secara terperinci tentang keadaan selaput dara yang sering menjadi mitos dan dikaitkan dengan hubungan kelamin.

Malah, ada yang turut berkongsi pandangan dan nasihat kepada gadis yang mengajukan pertanyaan terbabit agar mempertimbangkan untuk tidak meneruskan hubungan dengan tunangnya itu.

Hingga ada yang berang dan mempersoalkan balik tentang kesesuaian dan keperluan lelaki berkenaan mengajukan solan sedemikian kepada tunangan yang bakal menjadi isterinya itu.

Pelbagai kisah menarik mengenai topik kesihatan wanita dikupas menerusi rancangan Tanya Dr. Imelda.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).

Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.