Selepas menyepi daripada sebarang kandungan di saluran YouTube rasminya, pasangan YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' yang kembali memuat naik video masakan.

Video tersebut dimuat naik malam tadi dan sehingga artikel ini ditulis ia telah ditonton sebanyak 176,000 kali.

Menerusi video berkenaan, Pavithra seperti biasa mengajar penonton memasak menggunakan resipi terbaru dan kali ini dia menyediakan juadah dalca tulang kambing.

Malah, menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.

Menerusi ruang komen di YouTube tersebut, rata-ratanya telah memberi kata semangat kepada Pavithra untuk memperbanyakan video.

Namun, tidak kurang juga yang kecewa apabila tiada lagi babak makan bersama di akhir video.

“Selamat kembali sister, abaikan komen yang negatif” kata seorang pengguna YouTube.

“Setiap orang ada kekurangannya, tak mengapa teruskan ke depan dan move on! Sedih tiada lagi babak makan bersama seperti video sebelumnya,” kata seorang lagi pengguna YouTube.

Anda boleh lihat antara komen menarik di bawah.

Untuk makluman, pasangan tersebut bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dimuat naik sejak Januari, Sabtu lepas.

Tindakan tersebut dilakukan selepas M. Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, 21 Julai lepas, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.

BACA: Didakwa Cederakan Isteri, Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman 3 Hari?

BACA: Sugu Pavithra Mahu Kehidupan Biasa, Tak Mahu Populariti