Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) masih mengekalkan penampilan rambut dan jambang beliau walaupun dijadikan ilustrasi kartun bagi poster ucapan Ramadan.

Menerusi laman sosial Twitter, KJ berkongsi poster ucapan tersebut untuk tatapan semua pengikutnya.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak 1441 Hijrah kepada seluruh muslimin dan muslimat, tidak kira di mana berada,” ucap KJ sebagai kapsyen poster.



Bukan sahaja ucapan puasa yang menarik perhatian wargamaya tetapi KJ versi kartun lengkap berbaju melayu biru dan songkok kelihatan cukup segak.

Difahamkan kartun tersebut merupakan ilham artis ilustrasi Artortoise yang terkenal dengan hasil kartun personaliti terkenal Malaysia.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, wargamaya bukan sahaja membalas ucapan puasa KJ, malah ada yang turut memberikan komen positif terhadap ilustrasi tersebut.

“Smartlah poster abah! Salam Ramadan bah,” komen seorang wargamaya.

“Antara poster ihya Ramadan yang cool setakat ini,” puji seorang wargamaya.

“Selamat berpuasa, style la kartun ni YB,” kata seorang wargamaya.



“Saya tak nak potong rambut lagi sebab nak jadi macam YB,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingg kini poster Ramadan KJ itu sudah mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.