Laman Utama
"Segala Program Ditangguhkan" - Imam Muda Asyraf Umum Berehat Seketika, Peminat Utus Doa
Pendakwah bebas Imam Muda Asyraf mengumumkan akan berehat seketika daripada menghadiri sebarang program fizikal hingga akhir tahun 2022.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Asyraf dia bagaimanapun akan menerima jemputan program hanya dalam talian sahaja.
"Makluman buat semua. Segala program saya mulai hari ini sehinggalah berakhir tahun 2022 ditangguhkan terlebih dahulu.
"Sebarang jemputan program selepas ini hanya secara talian atau online sahaja. Tiada program secara fizikal sehinggalah diberitahu kelak. Bagi yang menghubungi saya melalui Whatsapp, DM dll, saya mohon kemaafan jika kelewatan menjawab.
"Doakan semoga Allah SWT mengatur hidup saya dengan kebaikkan dunia akhirat," ujarnya.
Hal itu menuai perhatian peminat yang rata-ratanya mengirimkan doa buat Asyraf dan dilindungi daripada sebarang musibah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video