Tak lengkap rasanya jika menyambut lebaran tetapi rumah tidak dihiasi dengan dekorasi baru.

Setiap tahun pasti ada saja tema dan corak ditampilkan bagi menyemarakan lagi mood raya itu sendiri.

Terbaru, beberapa keping gambar memaparkan sebuah rumah yang dihiasi warna hijau mencuri tumpuan warga maya.

Tema yang digelar sebagai ‘Sehijau Warna Daun’ itu viral selepas dimuat naik oleh individu dikebali sebagai Manz Riezman.

Menurut Manz, dia tidak menyangka gambar berkenaan viral selepas dimuat naik di Facebooknya, Rabu lalu.

“Soal kecaman terpulang pada netizen kerana apa yang dibuat adalah citarasanya sendiri.

“Kepada yang memuji terima kasih banyak-banyak. Tak ada niat pun nak bagi viral.

“Kita terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Posting Manz pada awalnya hanya menerima 148 perkongsian, namun ia viral apabila dikongsi di platform Twitter oleh individu lain.

Rata-rata netizen memberikan respon yang bercampur baur.

Ada yang memuji, namun tidak kurang juga yang mengecam dan menggelarkan tema dekorasi itu seperti nama buku cerpen tingkatan satu iaitu Sehijau Warna Daun