Hiburan

"Sejak Single Ni Jadi Tak Betul Dah Dia.." - Kerap Kongsi Video Pelik Melibatkan Makanan, Netizen Kecam Nabil Mahir Makan Maggi Kari Dengan Durian

gempak
Zulaikha Yusof
18/07/2019
04:56 MYT
Sponsor Banner
"Sejak Single Ni Jadi Tak Betul Dah Dia.." - Kerap Kongsi Video Pelik Melibatkan Makanan, Netizen Kecam Nabil Mahir Makan Maggi Kari Dengan Durian
Jika sebelum ini pengacara Nabil Mahir berkongsi video menikmati durian yang diramas dengan agak gelojoh, kini jejaka itu mencuba pula 'menu' lain.
BACA: “Tak Elok Main-Main Dengan Makanan” – Cara Nabil Mahir Ramas Durian Dikritik Netizen
Berkongsi entri terbaru di laman Instagram, Nabil memuat naik video dirinya menikmati semangkuk mi segera perisa kari yang digaul bersama durian.
"Durian tambah Maggi kari. Hari tu ada ternampak satu post pasal semangkuk Maggi dengan durian. Jadi Nabil dah test untuk korang. Conclusion, tak payah test je lah," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula rasa menyampah dan tidak senang hati dengan tindakan Nabil yang sering kali membuat eksperimen terhadap makanan.
Lebih buruk lagi, ada juga netizen yang tidak bertanggungjawab memerli sikapnya dan mengaitkan perkara itu dengan statusnya yang kini kembali solo selepas berpisah dengan bekas kekasih, pelakon Sarah Hildebrand.
Video tersebut sehingga kini telah menerima lebih 30,000 tontonan.
BACA: “Ya, Kami Sudah Putus Dan Suprisingly Dia Dah Move On Dengan...”- Nabil Mahir & Sarah Hildebrand Berpisah Selepas 5 Tahun
Terdahulu, Nabil mengesahkan hubungannya dengan Sarah sudah berakhir pada Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live