,
Hiburan

"Sejujurnya Saya Sedang Dalam Proses Mengenali Seseorang .." - Radin ERA

Zulaikha Yusof
17/04/2019
05:11 MYT
Penyampai radio ERA dan pengacara, Radin akui sedang dalam proses mengenali seseorang.
Menurut Radin dia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan soal jodohnya.
"Sejujurnya saya sedang dalam proses mengenali seseorang. Tahun ini saya sudah 29 tahun, umur makin hari makin menginjak.
"Untuk fasa yang lebih jauh, saya bergantung kepada jodoh, rezeki serta perancanganNya.
"Insya-Allah kita doakan yang baik-baik sahaja akan berlaku.
"Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
"Nanti saya akan bagi kad jemputan, tetapi bila masanya itu saya tidak tahu," katanya kepada Gempak.
Tambah pemilik nama sebenar Radin Amir Affendy ini berkata perkara yang penting sekarang ini adalah perjalanan kariernya.
"Apa yang penting sekarang, saya ingin memberi fokus kepada karier saya sebagai seorang penyampai radio serta mengembangkan bakat dalam bidang pengacaraan.
"Saya hanya merancang untuk diri serta keluarga saya. Perancangan lain akan datang di kemudian hari.
"Saya mendoakan yang terbaik serta mengikut apa yang telah dirancangkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

Dari Model Kepada Pelakon & Penyanyi, Lee Sung Kyung Kini Pengacara Rancangan Starlight Boys Pula!

gempak
29/08/2024
18:52 MYT
Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Sung Kyung, secara rasmi sah menjadi pengacara rancangan variasi inspirasi remaja yang dinanti-nantikan, Starlight Boys.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.