Seramai sejuta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter pagi tadi.

Khairy atau mesra di sapa KJ itu mengajak orang ramai untuk mengakhiri pandemik ini kerana vaksin adalah selamat dan berkesan.

"Sejuta individu telah mendaftar untuk vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera. Lebih ramai frontliners akan menerima suntikan.

"Ia selamat dan berkesan, mari akhiri pandemik ini, ambil vaksin, daftar hari ini," tulisnya.

Difahamkan, jumlah pendaftaran semakin meningkat selepas Program Imunisasi COVID-19 dilancarkan secara besar-besaran pada Rabu.

Jangan lupa mendaftar! Sama-sama kita usaha untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita!

Kredit Foto : AWANI