Penyanyi Ismail Izzani akhirnya mendedahkan punca dia dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan tonsil.

Bagaimanapun pelantun lagu Luar Biasa itu meluahkan rasa terkilan apabila kesakitannya disalah ertikan sebagai satu gimik

"Sekarang aku yang menghadap infection tonsil pun orang kata gimik! Please open your mind," tulisnya di Twitter.

Penyanyi itu memuat naik perkembangan terkininya yang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan ibu kota sejak Rabu lalu.

Baca: Ismail Izzani Sakit, Kini Terlantar Di Hospital

Selain mendoakan kesihatan Ismail, rata-rata peminat berpesan agar tidak melakukan kesilapan dalam karier dengan melakukan gimik murahan.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan seorang penyanyi muda mengumumkan dia menghidap kemurungan hingga mahu berhenti menyanyi merosakkan nama baik industri hiburan tanah air.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @ismailizzani_