Penganjur pesta perkahwinan telah dituduh sebagai penyebab kematian 63 ekor ayam yang terkena serangan jantung berpunca daripada alunan muzik yang rancak dan kuat daripada majlis itu.
Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga didakwa telah menakutkan ayam-ayam berkenaan.
Ranjit Kumar Parida yang menternak ayam-ayam itu berkata, penganjur acara berkenaan memainkan muzik yang terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayamnya di Odisha sebelum tengah malam.
"Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.
"Bagaimanapun, mereka enggan mendengar permintaan, bahkan, seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya pula," katanya kepada AFP.
Sementara itu, seorang doktor veterinar memaklumkan Parida bahawa ayam-ayamnya mati akibat serangan jantung.
Sehubungan itu, dia bertindak membuat laporan polis berikutan penganjur pesta perkahwinan itu enggan membayar pampasan atas kerugiannya.
Dalam perkembangan sama, AFP melaporkan, Profesor Zoologi, Suryakanta Mishra memberitahu, risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan burung boleh meningkat akibat diganggu dengan pencemaran bunyi yang kuat.
Menurut beliau, ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.
"Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka," kata Mishra yang pernah menulis bukut berkaitan kelakuan haiwan.
Berbalik pada kisah kekecohan pesta perkahwinan itu, pengakhirannya pihak polis berjaya memujuk penganjur untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara persefahaman
“Polis tidak mengambil sebarang tindakan memandangkan pemilik ayam juga sudah menarik laporan,” kata jurucakap polis Drooupadi Das.
Izwan Isa
Sat Oct 21 2023
Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Melampaunya sampai hina anak orang.
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Filem The Experts kerjasama dengan Calpis Soda.
Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan