Sekolah Buang Cermin Tandas Sebab Pelajar Asyik Main TikTok
Maliah Surip
24/01/2024 11:55 MYT
24/01/2024 11:55 MYT
Sebuah sekolah di Carolina Utara membuat keputusan membuang semua cermin yang dipasang di tandas selepas para pelajar didapati kerap menghabiskan masa membuat TikTok.
Malah ada dalam kalangan pelajar didapati masuk ke tandas sembilan kali sewaktu waktu pembelajaran berlangsung hanya untuk merakam TikTok.
“Para pelajar asyik berulang alik ke tandas untuk tempoh yang lama dan merakam TikTok,” ujar wakil sekolah tersebut seperti dilaporkan New York Post.
Tambah pihak sekolah keputusan membuang cermin di tandas selepas mendapati ia ada dalam kebanyakan video TikTok yang dirakam para pelajar.
“Kami berharap dengan tindakan ini (membuang cermin) ia akan membawa perubahan besar terutama pelajar tidak akan kerap dan menghabiskan masa yang lama di dalam tandas,” katanya lagi.
Selain membuang cermin, pihak sekolah memasang pas digital yang boleh mengesan berapa banyak kali seseorang pelajar masuk dan keluar daripada kelas.
BERITA TRENDING: Patut Lama Menghilang, Tiktoker ‘Mama!’ Ini Didakwa Merogol, Bakal Dibicara 17 Januari Depan!
Pihak pengurusan Sekolah Southern Alamance Middle tersebut memantau kebanyakan pelajar masuk ke tandas dengan lama dan membuat aktiviti TikTok dengan menggunakan cermin.Malah ada dalam kalangan pelajar didapati masuk ke tandas sembilan kali sewaktu waktu pembelajaran berlangsung hanya untuk merakam TikTok.
PILIHAN PEMBACA: TikToker Dikecam Kongsi Tips Untuk Curang Dengan Pasangan! - "Dapatkan Wang Daripada Wanita Kaya…
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pengurusan membuang cermin-cermin yang dipasang di tandas seperti diumumkan sekolah tersebut minggu lalu.“Para pelajar asyik berulang alik ke tandas untuk tempoh yang lama dan merakam TikTok,” ujar wakil sekolah tersebut seperti dilaporkan New York Post.