Seorang pesohor TikTok di Thailand mengundang kecaman pengguna media sosial selepas berkongsi tips untuk berlaku curang dengan pasangan masing-masing serta mempergunakan mereka bagi mendapatkan wang dan manfaat lain, lapor laman berita Thaiger.

BERITA TRENDING: Musim Lelaki Curang? Nampak Bahagia Di Laman Sosial, Rupanya Suami Influencer Kantoi Berseronok Di…

Lelaki dikenali sebagai Tee itu kerap memuat naik video memaparkan dia berkongsi pelbagai panduan untuk menggoda wanita termasuk cara-cara memenangi hati wanita serta bercinta bagaikan seorang pakar.

PILIHAN PEMBACA: Kantoi Curang, Wanita Hempuk Suami Pakai Dulang! Tapi Netizen Pula Back Up Lelaki - "Sebab Bini…

Namun, salah satu videonya baru-baru ini mengundang kecaman netizen selepas dia dikatakan menggalakkan orang ramai untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka.

“Kita boleh mendapatkan wang daripada wanita kaya untuk membina keluarga dengan wanita lain, ia tidak salah sama sekali.

“Wanita yang memberikan anda duit itu sanggup berbuat demikian. Ini bermaksud kita mendapat sesuatu daripadanya, dan dia juga memperoleh sesuatu daripada kita.

“Wanita yang tidak cantik sanggup menggunakan wang untuk mendapatkan lelaki,” katanya.

Dalam video lain, Tee mencadangkan supaya lelaki memilih wanita yang tidak cantik dan tidak mempunyai keyakinan diri sebagai pasangan agar ia boleh dijadikan alasan untuk mereka berlaku curang.

Tee selain itu turut menawarkan ‘kursus’ dan sesi rundingan berbayar kepada pengikutnya termasuk lelaki dan wanita masing-masing pada harga 4,500 baht (RM600) serta 5,900 baht (RM786).

Video tersebut bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen dengan pelbagai komen diberikan.

“Hidup anda akan musnah jika mendengar saranannya,” kata seorang netizen.

“Terima kasih kerana berkongsikan kisah keluarga anda,” kata seorang lagi netizen secara sindiran.

PILIHAN PEMBACA: Pernah Kritik Isu Curang, Alif Teega Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ - “Allah Uji Dia Dengan Kata-Kata…

AGENSI melalui Kosmo! Online