“Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam
Ainun
06/10/2024 03:55 MYT
06/10/2024 03:55 MYT
Pempengaruh terkenal, Cik Epal, telah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram miliknya dengan kapsyen berbaur luahan hati.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan, dia kelihatan seolah-olah meluahkan rasa sedih, memandangkan isu rumah tangganya semakin rumit dan sering diperkatakan oleh orang ramai.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan, dia kelihatan seolah-olah meluahkan rasa sedih, memandangkan isu rumah tangganya semakin rumit dan sering diperkatakan oleh orang ramai.
“Tidak ada proses yang mudah untuk tujuan yang indah,” katanya menerusi gambar di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, seorang netizen memberikan pendapat kepada Cik Epal agar memperbaiki hubungannya dengan suaminya, Jofliam.
“Cik Epal, fikir baik-baik ye. Boleh lagi untuk perbaiki hubungan dengan Jofliam. Jofliam dah nampak burnout sangat tu, mental dah down. SELAGI JOF BUKAN BERZINA, CURANG, masih boleh walaupun sakit? Is okay Cik Epal… semua orang pun memang takde yang sempurna,” komen dari netizen.
BERITA TRENDING: “Saya Lebih Rela Diam Sekarang, Bukan Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Bertegas Tak Curang, Jofliam Dedah Cik Epal Pernah Datang Cuba Betulkan Keadaan - "Dia Yang Nak Tackle Saya Semula"
BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam
Walau bagaimanapun, komen tersebut berjaya menarik perhatian ramai, dan kebanyakan netizen menyokong tindakan Cik Epal yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu rumah tangganya.
Antara komen yang ditinggalkan:
Terdahulu, Cik Epal pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ingin menunggu keputusan Mahkamah mengenai status hubungannya dengan Jofliam.