Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad akui masih aktif bergerak sebagai pelakon dalam industri hiburan.

Walaubagaimanapun, Fahrin lebih memilih bidang pengacaraan kerana komitmen masa yang tidak terlalu padat.

"Bidang pengacaraan dan lakonan adalah dua bidang yang berbeza. Apabila berlakon, komitmen masa memang sangat padat.

"Walaubagaimanapun, berbeza dengan pengacaraan kerana masa masih boleh disusun," kata Fahrin.

Masih menerima tawaran lakonan, Fahrin akan tetap meneruskan kerjaya tersebut memandangkan bidang lakonan menjadi batu loncatan memperkenalkan namanya satu ketika dahulu.

"Saya masih berlakon, masih menerima tawaran serta mengambil tawaran lakonan.

"Selagi saya berada dalam industri seni ini saya akan terus meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).