Laman Utama

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”

Azwa Rahman
28/06/2022
13:25 MYT
Selain daripada lakonan Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan Fattah Amin di dalam filem Mat Kilau, seorang lagi aktor yang membawakan watak pegawai British, Kapten Syers iaitu Geoff Andre Fayaerts juga mencuri perhatian.
Menerusi platform TikTok, wajah Geoff yang muncul ketika majlis tayangan perdana filem tersebut tular dan membuatkan ramai wargamaya sakit hati dengan lakonannya yang mantap.
@kakisibuk Geoff Andre Feyaerts nama pelakonnya guys #filemmatkilau #fyp #fypage #syamsulyusof #fattahamin #viral #filem #trending ♬ original sound - KakiSibuk
Menggayakan baju tradisional melayu dan lengkap bertanjak, penampilan Geoff hampir tidak dikenali memandangkan wataknya di dalam filem tersebut memerlukan dia mewarnakan rambut.
Mempamerkan lakonan yang cukup berkesan, rata-rata wargamaya memuji lontaran kata-kata dan mimik muka Geoff ketika menjadi pegawai British yang menjadi punca pada perbalahan yang berlaku.
Tidak hanya itu, ada juga wargamaya yang menyangkakan Kapten Syers dilakonkan pempengaruh ‘mat saleh’ yang popular di Malaysia, Rhys William.
“@Said_STEM02:Best dia ni melontarkan kata-kata dialog bagi sindiran padu kepada orang melayu.”
“@evocadooo .:pandai depa cari pelakon wehhh muka dia nih memang mcm orang British sungguh ada vibe vibe British.”
“@hafiztonewow93:mula-mula aku ingat Rhys yang jelajah makan-makan tu yang berlakon.”
“@FiqqA:Dia punya bulu mata lentik.. nak tengok dia sebagai orang jahat tak boleh..sebab cute sangat.”
“@Herzee Zainuddin:Lakonannya menjadi. Paling sakit hati tengok dia dalam filem.”
“@Haikal :nasib baik belakon je.. kalau betul-betul dia mcm tu memang kena cekak dah mat salleh ni.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok.
Selain Mat Kilau, Geoff turut pernah membintangi filem tempatan seperti Siapa Tutup Lampu, Kanang Anak Langkau, Adiwiraku serta pelbagai drama bersiri popular.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil

gempak
07/06/2024
04:56 MYT
Sudah agak lama tidak mendengar khabar tentang isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Hiburan

Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil

gempak
08/05/2024
06:50 MYT
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.
Hiburan

Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

gempak
07/05/2024
02:30 MYT
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Hiburan

Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

gempak
17/04/2024
05:55 MYT
Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap akan menjaga ukhwah yang terbina bersama kedua besannya iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh meskipun anaknya, Syamsul Yusof sudah berpisah dengan Puteri Sarah Liyana. Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam, 70, berkata, sehingga ke h
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Rasa Beban Uruskan Anak Sambil Bekerja - “Waktu Saya Rehat Bila Mereka Sudah Tidur”

gempak
13/04/2024
08:57 MYT
Sarah seronok uruskan anak & bekerja.