Hiburan
“Selalu Rajin Tapi Kali Ini…”- Amar Asyraf Kongsi Pengalaman Isteri Hamil Anak Kedua
Pelakon Amar Asyraf memberitahu isterinya, Arna Salleh mengalami alahan teruk semenjak hamil anak kedua mereka.
Menurut Amar, selain alahan, perangai dan tingkah laku isterinya juga turut berubah.
“Alahan kali ini memang teruk, makan, muntah, makan, muntah. Isteri saya sendiri kata mengandung kali ini rasa berbeza berbanding yang pertama.
“Dia tak boleh buat apa, jadi penat sangat. Saya kenal isteri saya dan dia memang rajin.
"Kebiasaannya dia akan bangun awal dan tidur lambat kerana kebiasaannya dia akan tunggu saya pulang.
“Tetapi kali ini tidak. Dia akan bangun sangat lambat dan tidur pun awal. Kalau hamil anak pertama dulu aktif tetapi kali ini tidak.
“Dia juga tidak boleh nampak barang bersepah jadi bila pulang ke rumah saya akan kemas,” ujarnya.
Berbicara mengenai jantina anak, Amar berharap anak keduanya ini merupakan seorang puteri.
“Isteri pun tahu saya memang mahukan anak perempuan. InshaAllah kalau ada rezeki…” katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Foto: Instagram @amar_asyraf
Must-Watch Video