Skip to main content

Berita Tempatan

“Selamat Berbuka, Habis Berpuasa Hari Ke 5...”- Ramai Kagum Soo Wincci Sempurnakan Puasa 6

soowinccipuasa6.jpg
Selepas berjaya menunaikan puasa penuh bulan Ramadan, selebriti bukan muslim yang sentiasa menjadi inspirasi, Dr. Soo Wincci berkongsi rutinnya berpuasa enam pula di bumi Sepanyol. 
 
Ini bukan pertama kali Soo Wincci sempurnakan puasa enam sama seperti umat Islam lain.
 
Menerusi Instagram miliknya, penyanyi itu memuat naik juadah berbuka puasanya di sana.
 
“Selamat berbuka, habis day 5 of my puasa 6, 1 more day lagi!” Tulisnya.
 
Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminat malah menjadikan Wincci sebagai inspirasi.
 
Tidak lupa juga ada antara peminatnya yang mendoakan pelakon dan penyanyi itu untuk segera memeluk agama Islam.
 

 
Wincci berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia sejak dua tahun lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat berbuka habis day 5 of my puasa 6, 1 more day lagi ! #InwinccibleJourney #ramadan2019

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Advertisement

Must-Watch Video