Hiburan

"Selamat Hari Lahir Abang Ipar" - Adik Mira Filzah Bagi 'Hint' Tentang Hubungan Kakak & Wan Emir Astar

gempak
Zulaikha Yusof
04/06/2020
03:39 MYT
Sponsor Banner
"Selamat Hari Lahir Abang Ipar" - Adik Mira Filzah Bagi 'Hint' Tentang Hubungan Kakak & Wan Emir Astar
Adik kepada aktres dan pengacara Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah menjadi tumpuan warganet selepas menggunakan panggilan abang ipar kepada Wan Emir Astar ketika meninggalkan ucapan sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-30.
Ucapan yang berbunyi 'Happy Birthday BIL' itu mengukuhkan lagi dakwaan pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.
BACA: Mira Filzah & Wan Emir Astar Kahwin Oktober 2020?
Komen tersebut telah mendapat lebih 300 tanda suka (likes) daripada pengikut Emir di Instagram (IG) sejak semalam.
Emir turut memuat naik sebuah foto samar-samar yang menampakkan cincin di jari manis dan di 'tagged' nama Mira dan ibunya, Datin Mastura Yazid.
A post shared by Wan Emir Astar (@wanemirastar) on
Menerusi kapsyen foto tersebut, Emir melahirkan rasa syukur dengan segala kebaikan yang datang dalam kehidupannya dan tidak lupa mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan.
"Untuk redha dan kasih sayang dari ibu dan papa saya, untuk cinta yang dikirimkan oleh syurga dalam hidup saya, untuk ikatan kami adik beradik yang tidak putus, untuk keselesaan bersahabat dalam keluarga dan persahabatan, untuk kebaikan setiap orang, untuk kenangan dan pengalaman yang tidak terkira banyaknya.
"Untuk semua dan setiap orang untuk siapa saya hari ini, Ya Rabb, syukur syukur alhamdulillah. Saya diberkati dengan apa yang Engkau berikan.
"Hari demi hari, hanya ingin menjadi anak lelaki yang lebih baik, pasangan yang lebih baik, rakan yang lebih baik, orang yang lebih baik dan hamba yang lebih baik, kepadaMu.
"Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih kepada semua untuk segalanya.
"Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua," tulis Emir.
Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.
Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 27 tahun itu.
BACA: Akhirnya Mira Filzah Dedah Status… Sudah Berpunya & Berbincang Sesama Keluarga - "Dalam Islam, Kalau Dah Ada Persetujuan Itu Kira Dah Bertunang"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024