,
Berita

Salah Guna Wang Infak: Alif Teega Kekal Pengakuan Tidak Bersalah

Gempak
24/10/2024
00:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, atau lebih dikenali sebagai Alif Teega pada Rabu mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menyalah guna lebih RM60,000 wang yang diperoleh daripada kutipan program infak tahun ini.
Mohd Hazalif, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan infak iftar di Makkah, Syria dan Palestin di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari di sini pada 26 April lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi Program Jom! Sertai Infak Daging Qurban di bank sama pada 15 Jun lepas.
Mohd Hazalif didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Kedua-dua pertuduhan dibacakan semula selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin lepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin untuk memindahkan kes itu bagi dibicarakan bersama 10 pertuduhan lain manakala wang jaminan berjumlah RM50,000 dilanjutkan.
Pada 23 September lepas, Mohd Hazalif dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah RM1.52 juta antaranya bagi tujuan infak kurma, infak al-Quran serta infak pek makanan untuk fakir miskin di Makkah dan Madinah selain bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu serta set pakaian raya kepada anak yatim.
Terdahulu, Julaila memohon mahkamah mengekalkan tarikh sebutan penyerahan dokumen pada 27 November depan manakala wang jaminan RM50,000 yang dikenakan ke atas Mohd Hazalif dilanjutkan.
Mohd Nasir kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan selepas peguam Mohd Shahrullah Khan, yang mewakili pempengaruh itu, tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

gempak
17/11/2024
13:55 MYT
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Viral

Suara B40! Pasangan Kaartik-Rekka Tambat Hati Netizen Di Media Sosial - "Biasanya Kami Buat Video Lepas Pukul 10 Malam Sebab ..."

gempak
25/10/2024
06:27 MYT
Pasangan suami isteri K.Kaartik dan N.Rekka tidak pernah menjangka klip video berbahasa Tamil tentang kehidupan seharian masyarakat negara ini, khususnya golongan B40, yang dihasilkan mereka berjaya memikat hati pelbagai kaum.
Viral

Pempengaruh Bebas Penjara, Rindu Dengar Bunyi Duit Keluar Dari Mesin ATM

gempak
25/10/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan Medina Zein dibebaskan dari penjara lebih awal selepas ditahan kerana kes penipuan beg tangan mewah dan membuat ancaman kepada seorang individu.
Unitar